• Sentuhan Gambar Menggunakan Nokia N8


    Assalammualaikum.

    Lama sungguh rasanya tak kemaskini blog "LiveMobo : Live Mobile Blogging" ni.  Tapi kali saja nak kemaskini.  Kemaskini pun muat naik bukan guna telefon.  Taip macam biasa atas platform "blogger".  Ntah tetiba kenapa ada angin "rajin".  Haha.  Walhal, kalau tengok di antara muka blogger tu, ada tiga blog yang bukan sahaja dah bersawang, tapi memang nak kena mop, dan gilap sampai menciutkan yer.

    Orait, hari ni hari AHAD, jadi tak danya entri ni nak bersifat ilmiah.  Saja suka-suka menaip entri santailah namanya, sambil-sambil tunggu air di cerek nak masak.  Nak buat kopi O.  Teringin pulak tekak ni mengada-ngada.

    Sekarang ni, kalau sembang tentang hp, ramainya yang bersuara mengalahkan syarikat pengeluar atau pembangun aplikasi untuk sesuatu platform tu. Aku tak kisah guna mana-mana paltform, janji, berbaloi dengan duit yang dilaburkanlah. Tu yang penting, tu yang afdal. Sebelum beli Nokia N8 ni, ada juga hati nak cuba platform IOS dan Androids, tapi akhir sekali angkat N8 sebab harga, dan paling utama, nakkan kamera berlensa Carlz Zeiss.

    Puas hati dan berbaloi, walaupun kena tunggu sedikit lah Incik Nokia kemaskini ke Symbian Anna.  InsyaALLAH, tunggu masanya aje Nokia nak lepaskan Si Belle.  Peribadi, Anna ni bagus lah banding dengan sistem lama PR1.1 

    Okay, tak nak cerita panjang, di bawah ni, Incik RestNRilekS kongsi gambar-gambar yang diambil guna Nokia N8.  Semua diubah saiz menggunakan aplikasi Molo.me dengan "filter2" yang berbeza (aplikasi symbian, dan kini didatangkan di bawah Rim dan juga Androids) .  Semua edit guna telefon itu sendiri.  Edit "filter" dan saiz aje.  Kualiti gambar, menggunakan keupayaan N8 sepenuhnya.  Kadang-kadang, bila dah ada N8 (campur dengan internet semua), Lumix GF pun dah terperap dalam almari. Nak bukak komputer untuk bersosial pun malas.  Hehe.

    Selamat menjamu mata.  :D

    N8 Molome RestNrilekS
    Gambar Mikro : Denai Air Sungai Yang Sebesar Lengan.  Terbongkok-bongkok tertonggeng nak ambil. Haha.
    N8 Molome RestNrilekS Dried Leaf
    Gambar Mikro : Daun Kering Di FRIM.
    N8 Molome RestNrilekS Butterfly
    Gambar Makro : Rama-rama, tapi masih tak puas hati sebab tangan terketar takut si chantik rama-rama lari.  Rama-rama ni sebesar duit 50sen aje.
    N8 Molome RestNrilekS Cat Hide
    Tangkapan Biasa dengan "Setting" Pengguna.  Kucing di Kampung Mak Angkat di Slim River.  Ni Masa Raya Ketiga.  Habis depan laman ada bunjut2 pasir taek dikerjakan adik beradiknya.
    N8 Molome RestNrilekS Hero
    Gambar Makro : Hero, kucing yang jumpa dalam longkang di Pasar Kampung Pandan.  Dah besar dan makin mengganas.  Calar balar dan berlubang tangan jadi lumrah.  Whoaho!!

    Itu sahaja untuk kali ni. Kalau di Flickr tu, ramai lagi yang hebat2 ambil gambar guna N8, ternganga pun ada.  Sehingga Incik RestNrilekS di datangkan dengan angin "rajinnya" di lain kali.  Selamat Hari Ahad yang baik untuk kamu semua.

    Incik RestNrilekS