• Kad Hari Raya.


    Kad Hari Raya., originally uploaded by restnrileks.
    Salam semua kepada pembaca. Ehh ada ke pembaca? Hehee. Tak pa, ada pembaca atau tidak, tetap gagahkan diri juga la menaip di atas papan kekunci sentuh skrin 3.5in ni. Terkial kial jari menaip. Lama lama okay aje. Kena rajin ringan-ringankan jari ni.

    Minggu lepas, busan busan, seperti biasa, merewang la ke jusco maluri. Layan pekena McD. Tapi dalam nak ke McD tu, memang tak teguh semangat sebab akhirnYA, sauk juga la sebarang dua sempena nak raya ni. Pusing pusing, akhirnya sampai ke bahagian jualan kad raya. Apa lagi, sauk la dua set dan juga tiga set sampul duit raya. Dulu dulu rasanya sampul duit raya ni boleh dapat percuma (tadi beli friskies pun dapat sampul duit raya percuma, tapi ada gambar kucing daaa ;)

    Lepas beli kad, apalagi, hantar mesej dm kat twitter, minta alamat rakan rakan. Seronok gak menulis kad raya ni, walaupun penat. Yer la, dah lama tak menulis. Zaman sekarang, ramai yang hantar pakai sms dan kat wall fb je. Mudah memang mudah, tapi kadang kadang tu rasa, macam robot sebab tak da sentuhan peribadi. Dapat kad raya ni seronok, sebab kita tahu orang yang memberi tu, ambil masa untuk tulis kepada kita. Keduanya, bila menulis kad raya ni, minda dalam keadaan sedar, jadi penulisan tu agak lain sedikit. Semua kad raya tu akhirnya udah pun dipos. Tak pasti la sempat sampainya sebelum raya atau tidak. Tak pa, janji sudah dihantar. Tu yang penting.

    Orait sambung lain kali. Ni muat naik dua gambar sekaligus ni jalan atau tidak mobile blogging ni. Atau cuma gambar pertama ajer yang melekat di entri.

    Apapun semua, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Semoga meriah menyambutnya di kalangan keluarga tersayang.

    Mobile Blogging via Nokia N8
    Fikr Porting
    about.me/noorizal