Assalammualaikum wbt.
Hanya coretan pendek bersantai merehatkan badan, sambil menaip menggunakan hp Lumia1520, yang menjadi kesayangan. Haha.
Seimbas kembali.
Gambar 1.
Kereta wira terbalik di depan mata di km100 selepas tol karak. Bantu dan telefon LPT maklumkan kejadian. Alhamdulillah pemandu dalam keadaan baik tapi shaken. Tergamam kejap tgk kereta terbabas dan terbalik depan mata.
Gambar 2.
Menu makan masa tiga hari masuk wad tingkat tujuh di Hospital Pusrawi. Tiap tiap pagi dalam jam 8, ada doa berkumandangan di hospital. Azan berbunyi setiap lima waktu.
Gambar 3.
Tak tahu nak buat apa, ambil gambar dari bilik tingkat tujuh hospital. Bawah tu ada sekolah rendah kebangsaan jenis tamil yang tiap tiap pagi pasang lagu dan kata kata semangat kot? Tak tahu la apa katanya sebab bahasa Tamil.
Gambar 2 dan 3 agak kabur sebab susah nak snap bila pergelangan tangan ada iv drip, ngehee.
Sekian, itu sahaja. 😁
Rizal
Dihantar menggunakan Lumia 1520